Want your
own Fotopage?






 
azura's FotoPage

By: azura ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 14-May-2008 14:09 Email | Share | | Bookmark
TEAM BUILDING DI PENANG.....

dalam bas...
dlm perjalanan...
possing dulu...baru smpai
main susun sapa plg tinggi
buat tepi pantai..angin kuat
jaga jgn jatuh....
bahagian masak...
sedapnyer......
main golek telor
View all 30 photos...
GAMBAR NI MINGGU LEPAS PUNYA.....AKU PI TEAM BUILDING DENGAN MEMBER KERJA.
PUSAT KEGIATAN SUKAN AIR TANJUNG BUNGA,PULAU PINANG.






tumpang iklan yer tuan umah...
TERBARU.....BUKAN BUNGA STOKIN ATAU BUNGA DIP....
ingin tahu....ape itu BUNGA RIBEN.....sila layari.....di

http://rerama.fotopages.com
(hantaran,bunga dulang, bunga pahar, cenderahati)
Tue 10-Jun-2008 11:46
Posted by:rerama gurlz (liz & lisa )  - [Link]
hai zura...
lama tak singgah...
wah...best nampak....
aktiviti cam ni boleh recharge balik....
lepas pun kerja pun baru lah ada semangat kan...
Fri 20-Jun-2008 01:01
Posted by:zaiton zaiton_yatim@yahoo.com  - [Link]
haiii...ari tu apsal x mai knduri? Sat 21-Jun-2008 10:10
Posted by:Mummy Nuha nor.shakila.binti.zainun@intel.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 12-May-2008 13:56 Email | Share | | Bookmark
JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN.....

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.
sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL....




boleh aja akak Wed 21-May-2008 00:29
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
wahhh....bestnnya zura p teambuilding... nanti kita p sendiri2 punya teambuilding kita pulak naaa............kasi nuha main ngan akish he!he! Sat 21-Jun-2008 10:01
Posted by:Mummy Nuha nor.shakila.binti.zainun@intel.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 11-May-2008 15:11 Email | Share | | Bookmark
JALAN-JALAN DI LANGKAWI....

adik lelaki aku n family
anak aku ni dok tgk apa?
tu...dok cari apa?
View all 30 photos...
AKU PI LANGKAWI NGAN MAK DAN ADIK....HUBBY X DAPAT PI
SO AKU PI JUGAK SEBAB ADIK AKU NAK PI TAK TAU JALAN.
ANAK AKU NI TAK RETI NAK DUDUK DIAM....PENAT DOK LIGAN DIA AJE.
NAK SHOPPING PUN SUSAH.....

JALAN-JALAN DI BERJAYA BEACH RESORT....N CABLE CAR

DENGAN ADIK IPAR DAN MAK.

AWANA PORTO MALAI.

MATAHARI TERBENAM DI DATARAN HELANG.

Toche....toche....ringankan mouse anda singgah sat fp Zai yg tak seberapa tu....
bagi entry "Jenjalan Umah Saudara@Lavender Height,Seremban(Part 5)"
Pas nie plak ader lagi entry "Jenjalan Seremban lagi(Part6)tunggguuuuuuu........
Yang lom lagi menjadi commentor pertama kat fp Zai...cepat..cepat sbb zai tak sabar nak promote fp anda nie...yg dah pernah pun zai akan promote lagi....cepattttttttttttttttttttttttt.................................

Re:ado...ado..tunggu sok naa.......pagi2 den update....

Nie mmg sah rombangan che kiah nie....
Mon 12-May-2008 13:38
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Alamak Kak Zura silap komen kat fp kak zura plak sebenarnyer nak komen fp member lain..kahh..kahh sorry noooo....bila nak tinggal jejak kat fp zai kulim ha?????? Mon 12-May-2008 13:40
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
leh aja...adik x biasa je...nak blaja apa kak..akak asal mana Thu 15-May-2008 14:02
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 9-May-2008 20:17 Email | Share | | Bookmark
ZOO TAIPING.....

 
 
 
View all 27 photos...
AKU NGAN HUBBY BAWAK ANAK JALAN DI ZOO TAIPING.....
CUTI RAYA CINA HARITU PUNYA GAMBAR.





wahhh...g tgk gajah yek... Mon 12-May-2008 01:33
Posted by:aini  - [Link]
Amboi depa noo..sakan pi bawa Balkis jenjalan tgk unta...tak leh naik ka unta tu????? Mon 12-May-2008 13:36
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Friday, 9-May-2008 17:31 Email | Share | | Bookmark
NILAH MAKANAN KEGEMARAN HUBBY AKU......

nak cepat buat maggi.
ni yg hubby suka.
nak masak apa ni?
UDANG NI BOLEH DIKATAKAN SENTIASA ADA DLM PETI AIS UMAH AKU.....
KALAU NAK CEPAT,MAGGI UDANG AJELAH.....BALIK KEJA NAK MKN CEPAT.
PALING HUBBY SUKA SAMBAL UDANG.

Salam..thanks singgah kat fp saya.Wah bestnye udang galah..saya pun suka makan udang galah Sat 10-May-2008 12:36
Posted by:Emy ezhanerfan@yahoo.com  - [Link]
Masak lomak pun sodapppp.... Sat 10-May-2008 12:59
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Eeeeeeemmmmmmm sedapnyer..nanti kalau ader udang tu calling2 zai ok....kak zura.... Sat 10-May-2008 20:05
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 30-Apr-2008 05:22 Email | Share | | Bookmark
BERKELAH DI LATA JUNJONG.

Ibu...Aqis main air....
buat apa tu Balqis?
Seronok main air?


GAMBAR NI TAHUN LEPAS PUNYA......AKU IKUT JIRAN PERGI BERKELAH.

LATA JUNJONG ni kat kg air puteh JUNJONG.....KAT KULIM.DARI KULIM LEBIH KURANG 20 MINIT. Sat 3-May-2008 23:42
Posted by:nazurais ifarahzulaikha@yahoo.com  - [Link]
comei anak zura Mon 5-May-2008 02:37
Posted by:aini  - [Link]
Aunty Zai pun nak gak pelampong cam Balkis tu.... Sat 10-May-2008 20:02
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 29-Apr-2008 05:15 Email | Share | | Bookmark
SEKADAR RENUNGAN....WANITA.....

Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Alah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung,juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan....
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba² mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa² kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat² islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Buat para lelaki kat luar sana ..hargailah isteri anda..ok... Sat 10-May-2008 20:01
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 01:04 Email | Share | | Bookmark
ORANG TERSAYANG...SUAMI & ANAK.

BALQIS.
di rumah.
1 tahun 5 bulan
View all 6 photos...
Ni gambar anak zura....NURUL BALQIS....masa umur dia setahun lebih
Nurul Balqis....1 tahun 5 bulan ....gigi pun baru ada sikit2......lambat tumbuh gigi.

comeinya anak zura... Mon 28-Apr-2008 01:34
Posted by:aini  - [Link]
thanks,kerana melawat fp zura.....nanti ada gambar zura update lagi ok. Mon 28-Apr-2008 09:45
Posted by:nazurais ifarahzulaikha@yahoo.com  - [Link]
Nanti letak pic balkis yg terkini ok... Sat 10-May-2008 20:00
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 26-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gambar ni aje yang ade buat masa ni......

DI GENTING
PENANG AIRPORT
dengan kwn2 di langkawi.
View all 7 photos...


zura ni baru lagi dalam fp world ni...kalau ada yg tak kena tu bagitaulah ok.

Amboi lansing nyer dia.....cam kenal jer awek bj biri muda yg jelir lidah tu..... Sat 10-May-2008 19:58
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Saturday, 26-Apr-2008 10:32 Email | Share | | Bookmark

 

Cayalah akak zura ,semakin maju bersama IT walaupon dah lama guna PC baru sekarang reti guna Fotopage,
apa apa pon semangat utk belajar tu ada,,tu yg penting ,,
up load bebanyak gambar lagi yekkkk,,pastu nanti ajar zam lak key,,
Sun 4-May-2008 07:37
Posted by:Zam knkn00@hotmail.com  - [Link]
Welcome my friends....maju bersama fotopages.... Sat 10-May-2008 19:56
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
rajin-rajinlah singgah fp zura..... Tue 13-May-2008 11:58
Posted by:nazurais ifarahzulaikha@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.